MENGAPA UMAT ISLAM BERPUASA


Berpuasa adalah satu daripada rukun dan kawajipan Islam. Kebanyakan agama dan ajaran didunia ini mengajar dan menyuruh umatnya untuk berpuasa. Cara-cara berpuasa mungkin berbeza mengikut tradisi , bangsa dan budaya dalam setiap ajaran. Tujuan utama berpuasa ialah untuk melatih diri dan hati kita untuk menurut perintah kita dan perintah Tuhan.

Dalam agama Islam umatnya berpuasa dari masa matahari terbit sehingga matahati terbenam . Sepanjang masa tersebut umatnya tidak akan makan- minum , dan juga mereka perlu menjaga tingkalaku , aurat dan perasaan mereka.

Dalam agama hindu dan buddha pula mereka berpuasa dari pagi sehingga malam . Sepanjang masa ini mereka tidak boleh makan – minum , kecuali jika terlalu lapar atau dahaga sehingga tidak boleh tahan lagi . Agama tersebut bagi longgaran kepada orang tua dan kanak-kanak mereka boleh makan buah-buahan dan minum susu sekali sehari.

Kita makan,  makanan untuk menambah zat , vitamin , mineral dan sebagainya didalam badan kita supaya badan kita lebih cergas , kuat dan terus beroperasi dengan lancar. Adakah kita menjadi lebih cergas selepas makan ? Tidak bukan !. Sebaliknya kita menjadi lembab , malas dan mengantuk.

Jika anda memperhatikan dengan teliti ; anda dapat mengetahui bahawa badan anda lebih rajin dan cergas semasa berperut  kosong berbanding dengan perut yang kenyang. Sebab inilah kebanyakan agama menentukan sebuah tempoh untuk berpuasa , supaya badan kita lebih cergas , sihat dan untuk memberi peluang kepada badan untuk membersihkan perut , usus dan darah.

Seorang manusia hanya akan mencari keindahan dunia atau membuat sesuatu mengikut nafsu dan hatinya setelah perutnya kenyang. Seorang manusia mudah kawal minda , hati dan nafsunya semasa perutnya kosong.

Jadi tujuan utama berpuasa ialah untuk membantu manusia untuk mengawal nafsunya . Apabila seorang dapat melatih & mengawal nafsunya untuk sebuah tempoh masa yang panjang . Mudahlah banginya untuk  mengawal nafsunya selepas itu dan selama-lamanya.  Sebab inilah Islam dan agama lain mewajibkan pengikutnya untuk berpuasa.

Dari sudut yang lain pula berpuasa akan memberi peluang kepada kita untuk mengenal erti kehidupan orang miskin dan keadaan seorang fakir miskin yang tiada makanan yang mencukupi. Secara tidak langsung berpuasa akan memberi peluang kepada kita untuk mengetahui erti kelaparan.



Petikan dari: Kenapa Kita Berpuasa - Rahsia Alam. com | Rahsia Alam. com