PERHATIAN KEPADA SEMUA GURU,


MEMO
PENGEMASKINIAN DATA MAKLUMAT
DALAM E-OPERASI DAN EMIS (BILANGAN 2/2012)

1. Diminta semua guru untuk menyemak data maklumat dalam aplikasi online e-operasi dan emis untuk pengesahan maklumat guru kali kedua bagi tahun 2012.

2. Laman Web e-operasi (http://apps.moe.gov.my/eoperasi/)
Sila daftar masuk sekiranya belum pernah mendaftar masuk.
Bagi guru yang pernah mengisi egtukar, login id dan kata laluan adalah sama

3.Laman Web EMIS (http://emisonline.moe.gov.my/)
Bagi aplikasi EMIS, login pada bahagian LOGIN GURU.
ID PENGGUNA dan NO KAD PENGENALAN adalah SAMA.

4. Pastikan SEMUA GURU menyemak setiap butiran yang ada pada setiap bahagian,
(Peribadi, Perkhidmatan, Kelulusan Akademik, Kelulusan Ikhtisas, Latihan, Elaun, Mata Pelajaran Ajar, Sejarah Perkhidmatan, Kokurikulum dan Tugas Khas)
5. Sekiranya terdapat sebarang perubahan, cetak bahagian berkenaan, buat pembetulan menggunakan pen merah dan serahkan kepada GURU DATA untuk dikemaskini.
6. Sebarang pertanyaan hubungi GURU DATA sekolah anda.
7. Setelah tindakan dibuat, (semak dan sahkan betul), rujuk guru data untuk proses pengakuan pengesahan maklumat guru.
Sekian terima kasih.
Tarikh akhir kemaskini adalah sebelum 25 JULAI 2012